Monday, May 31, 2010

KENDURI AKIKAH ADWA DAN IZMIR

Inilah Muhammad Hafiz Adwa. Mohon sejuta kemaafan sebab gambar Izmir tiada dalam simpanan.




Assalamualaikum...



Pada 6 Jun 2010 bersamaan hari Ahad di rumah Haji Matar dan Hajah Azizah (Batu 5 1/2 Parit Muhamad) akan diadakan majlis cukur jambul dan akikah cucu2 tersayang iaitu ADWA (Anak Acuk & Sri) dan IZMIR (Anak Ajim & Tee).



Pada sedara mara sekalian jauh dan dekat...semuanya dijemput hadir ke majlis ini yang akan diadakan bermula pukul 2:00 ptg selepas solat zohor hinggalah malam. Pukul 2:00 ptg tu akan diadakan majlis cukur jambul serta marhaban. Manakala pada sebelah malamnya pula majlis tahlil bersama jiran2 kampung dan sedara-sedara yang tak dapat hadir pada siangnya....



Bagi mak-mak sedara dan pak-pak sedara serta sepupu sepapat kalau boleh jemputlah datang membantu acara masak memasak yang akan bermula pagi ahad tu pukul 7:00 pagi...jangan tak datang tau....lagi ramai LAGI MERIAH.



p/s : Pesanan penaja...mak-mak sedara diminta memakai baju celoreng coklat/hitam yang dipakai masa Mashitah kawin hari tu...leh bergambar KENANG-KENANGAN



BERSAMA-SAMALAH KITA HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI



DATANG....JANGAN TAK DATANG .....

No comments:

Post a Comment