Thursday, October 15, 2009

TERIMA KASIH KE AKHIR HAYAT

Salam Semua Warga Mat2u,

Minta maaf kerana terlalu lama membiarkan umah bersawang. Bersawang x per, jgn berkeladak hu2... Terlampau sibuk kerana melangsungkan Majlis Perkahwinan tempohari. Cuti panjang dihabiskan utk majlis kedua2 belah pihak hingga tidak berkesempatan melayan blog. Alhamdulillah semuanya telah selesai kerana majlis yg dirancang sejak beberapa bulan yg lalu telah berlangsung pd 04/10/09 di Muar & 10/10/09 di JB dgn jayanya & sungguh meriah dgn kehadiran anda semua. Di kesempatan ini Mashitah & suami Syed Hairulnezam serta semua ahli kuage Pak Cik & Mak Cik ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kpd semua warga Mat2u (Mak/Pak Sedara, Sepupu Sepapat, Anak2 Sedara) jauh & dekat yg telah mengambil cuti, M/C, meluangkan masa & wang ringgit, memerah tenaga & idea & mensponser mcm2 benda utk meraikan majlis kami.
Tidak dilupakan family di Bintulu yg x dpt meraikan majlis ini tapi tetap mengirim salam, doa, salam keruk & hadiah (boleh pakai annual dinner nanti hi2). Ada yg telah sampai 2 hari awal sebelum majlis & pulang 1-2 hari selepas itu. Semuanya ada peranan masing2 bg memastikan kelancaran majlis hingga mendapat pujian dr org kampung & tetamu yg hadir..mereka kata semua warga Mat2u (kecil, beso, muda & veteran) sangat rajin, teamwork & harmoni. Kami sangat terharu mendengar pujian dr mereka & berharap sifat ini akan terus kekal dlm diri setiap warga Mat2u. Sesungguhnya, majlis ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama anda semua. Jasa anda semua x mungkin kami lupakan. Doakanlah mahligai yg baru dibina ini bahagia berkekalan & kuage Mat2u bersatu hati selamanya. Wassalam.


No comments:

Post a Comment