Thursday, December 16, 2010

WELCOME TO THE WORLD EPISODE II

Muhammad - beberapa jam selepas dilahirkan
berat : 3.3 kg, pjg : 52 cm



Salam Semua, inilah dia ahli terbaru kuage MatarMat2u n cicit Mat2u yg ntah ke berapa ha3... Cahayamata ke tiga Encik Abdul Latif n Puan Rozaina. MUHAMMAD dilahirkan pd 14/12/2010 selang sehari ulangtahun ke 32 mama dia. Rupanya dia nak mkn kek dulu baru keluar dr perut mak dia ni hu3.. Semoga Muhammad menjadi anak yg soleh, amin.... Sekarang Tok Abah n Mak Tok punya 2 org cucu lelaki dan 3 org cucu pempuan maka semakin besolah kuage kami n bertambahlah meriah, tinggal tunggu lg sorang je menantu, tungguuuuuu...........Klu, ada kesempatan n citer baru kita update lg ek, adios...

Tuesday, October 12, 2010

WELCOME TO THE WORLD

Suri 4 hari - HSI (Hosp. Sultan Ismail)
berat : 2.87 kg, pjg : 50 cm

Suri 8 hari

Ramai yg dah tahu tp kita expose la jugak si kecik ni kat blog atok dia ni eh.. Inilah dia ahli baru Matar Mat2u, SHARIFAH SURI SOFIA. Suri adalah puteri sulung Syed & Mashitah dan merupakan cucu ke empat pakcik n makcik. Dilahirkan pd 24 Julai 2010 jam 9.20 mlm secara Cesarean setelah gagal utk normal delivery (23 Julai jam 3 pg start contraction, admit HSI. Contraction semakin kerap x jugak besalin, hari ke 2 jam 8 pg kena induce, dah 12 jam kat labour room try normal x leh gak, last2 kena cesar barulah kuo dak Suri ni. Lepas melahirkan bleeding plak, masuk ICU satu mlm, turun HDU satu mlm, baru turun wad biasa selama 2 hari, haa 6 hari ko berkampung kat HSI..)

Suri 31 hari

Suri 51 hari

Setiap org mengalami pengalaman melahirkan yg berbeza, ada senang ada susah, ini bahagian saya.. Pengalaman yg menakjubkan dan x mungkin dpt dilupakan. Betullah "syurga itu di bawah tapak kaki ibu".. dah lama ku tahu bukan senang nk jd mak kui3 sedih ni, terharu beb tp hepy nau...
Akak sayaaangggg Mak !! Sayangilah mak anda jugak...

BERSUA KEMBALI

Salam Semua,

Apa kabo? Nmpknya dah lama sangat blog ni bersawang mawang.. bukan disengajakan, maklum le tuan umah ni bercuti panjang. Dekat 4 bulan gak x update blog tapi tetap mengikuti perkembangan blog lenlain.. Tuan umah berharap umah warga Mat2u yg lain x dimasuki ulo dan apa2 la yg mengganggu gugat keselamatan juga mendoakan agar suami Puan Riha cepat sembuh dari kemalangan yg menimpanya. Ok tuan umah akan cuba memfreekan diri mengupdate blog ni dari semasa ke semasa k.

Adios.......

Tuesday, June 22, 2010

JEMPUTAN & BERKELAH DI JANDA BAIK


Salam, lama beno x update blog. Penghujung cuti sekolah 19/06 yg lalu kuage Pakcik & Mak Unggal ke Janda Baik g jemputan kahwin Abg Mak Usu. Bukan semua pegi, Abg Atip n Abg Awang anak beranak aje. Pas majlis dorang cek in chalet yg berdekatan. Sebelum blk KL anak2 mandi 'sungai cetek' dpn chalet tu. Jom tgk gambo....


Walaupun cetek tp syok, air sejuk wooo.

Ada ikan ke berudu Boy?


Boleh la utk anak2 mandi manda, cetek aje tp batu2nya licin.

Jom naik, dah lapo ni..



Seperti biasa nasi lemak menu wajib klu berkelah.

Chalet dr sudut tepi, RM100/night.



Mak Ji n Pak Ji.

Latif n family.

Awang n family.

Kuage MatarMat2u.

Sekian utk kali ini.

Wednesday, June 16, 2010

RALAT !!

Pembetulan!!

Tiada besday ahli kuage pakcik pd 07/06/2010 spt yg telah dipostkan tempohari. Besday Acuk adalah pd 03/07/1976. Kesilapan teknikal (yg sebenonya x bape nak ingat pun besday abg sendiri hu2...Sekian Terima Kasih..

Thursday, June 10, 2010

MAJLIS AQIQAH ADWA & IZMIR


Kita layan je la gambo2 ni ye. Menu pd hari tu ialah nasi beryani, beryani kambing, ayam msk merah dan dalca. Beberapa jenis kuih muih termasuk tapai dan air sunquick. Terima Kasih daun keladi pd sume sanak saudara yg telah sudi dtg bertungkus lumus bergotong royong dan memeriahkan majlis kami ini.

4 ekor kambing dah nak dimasak beryani.

Kelihatan warga Mat2u diketuai Pak Andak sedang masak nasi & lauk pauk.

Kacau jgn x kacau.

Pak Al ni tolong kerja ke tolong enterprem ni.

Selapis demi selapis beras & rempah ratus dimasuk dlm periuk nasi.

Suasana dlm rumah dipenuhi sanak saudara. Haritu kita sume mkn dulu sebelum majlis dimulakan.


Adwa digelar Imam Muda sbb siap berjubah n berkopiah.


Nenek Uda memulakan acara potong jambul.

Diikuti Nenek Minah.

Adwa cool lg, tp baby Izmir dah mula nak meragam.

Tok Ibu Adwa pun ada. Mak Tok dia yg kat blkg tu le org kuat majlis ni. Hepy je mak tu walaupun penat.

Dan akhirnya dua org budak ni pun dah x tahan panas nak mengaruk.

Babah Adwa duk kat dapo je, sebak katanya.

Adwa dah tuko baju, jubah n kopiah dah tanggal lepas je acara selesai.

Pd mlmnya diadakan tahlil yg dihadiri org2 masjid dan warga Mat2u juga.


Sekian...

Monday, May 31, 2010

KENDURI AKIKAH ADWA DAN IZMIR

Inilah Muhammad Hafiz Adwa. Mohon sejuta kemaafan sebab gambar Izmir tiada dalam simpanan.




Assalamualaikum...



Pada 6 Jun 2010 bersamaan hari Ahad di rumah Haji Matar dan Hajah Azizah (Batu 5 1/2 Parit Muhamad) akan diadakan majlis cukur jambul dan akikah cucu2 tersayang iaitu ADWA (Anak Acuk & Sri) dan IZMIR (Anak Ajim & Tee).



Pada sedara mara sekalian jauh dan dekat...semuanya dijemput hadir ke majlis ini yang akan diadakan bermula pukul 2:00 ptg selepas solat zohor hinggalah malam. Pukul 2:00 ptg tu akan diadakan majlis cukur jambul serta marhaban. Manakala pada sebelah malamnya pula majlis tahlil bersama jiran2 kampung dan sedara-sedara yang tak dapat hadir pada siangnya....



Bagi mak-mak sedara dan pak-pak sedara serta sepupu sepapat kalau boleh jemputlah datang membantu acara masak memasak yang akan bermula pagi ahad tu pukul 7:00 pagi...jangan tak datang tau....lagi ramai LAGI MERIAH.



p/s : Pesanan penaja...mak-mak sedara diminta memakai baju celoreng coklat/hitam yang dipakai masa Mashitah kawin hari tu...leh bergambar KENANG-KENANGAN



BERSAMA-SAMALAH KITA HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI



DATANG....JANGAN TAK DATANG .....

Thursday, May 20, 2010

TELUK GOREK, SPITAL SERDANG & MELAKA


Salam siaran, ewahhh...

Nak cite ckit aktiviti kuage kami yg betul2 x dirancang pd cuti Hari Buruh 01/05/10 baru2 ni. Sume anak Matar Mat2u x blk masa ni kecuali Halim, Halim terus ajak mak abah ke JB. JJCM JB plak katanya. Abg Long n family x ikut serta sbb dia ada keje yg x dpt dielakkan. Abah cadangkan supaya kami berkelah aje kat mana2 pantai pd hari sabtu tu. Oleh kerana dah selalu sgt g Desaru n Tg Balau, Kota Tinggi so kali ni kita beralih ke area Mersing plak. Jauh pun jauh sama jauh mcm JB nak blk Muo 2 jam gak nak sampai. Jom layan gambo2 ni :

01 May 2010
Signboard menuju ke Teluk Gorek dr Pekan Mersing.

Dah sampai kat perkarangan Teluk Gorek Chalet & Camp Site.

Pandangan dlm camp site yg byk pokok kelapa. Nak tido chalet boleh, nak sewa khemah pun boleh. Oleh kerana ni tpt persendirian, sume kena bayo tp berpatutan.


Sampai2 je kita mamam dulu. Mak msk ketupat segera, rendang ayam, lodeh, sambal ikan bilis n serunding. Sebenonya astaka ni pun org dah booking tp b4 tuan tanah tiba kitaorg 'pinjam' jap. Kat cni le jgk tpt BBQ.

Ini budak main sorang2 sementara mak pak dia mamam dulu.

Dah kenyang kita duk kat atas tiko plak mengadap laut/teluk.

Mak Tok n Adwa. Xde rezeki la nk bermalam kat cni sbb chalet n khemah pun fully booked.

Abah, Halim n Abg Ngah dah x sabo tgk air.


Adwa n Umi.
Mokde n Pokde.
Adwa gn Umi n Babah.
Perenang pro diketuai Abah dah siap2 nak mandi n tuko baju, pasni kitaorg nak g Spital Serdang tgk Aboy.

Bertolak dr Mersing kul 4 ptg, sampai Spital kul 9 mlm. 5 jam beb, baru 5 jam jek. Sib baik driver x pancit, dah le penat berenang.


02 May 2010
Dah tgk Aboy kitaorg pun bertolak blk ke JB tp singgah mamam n rehat kat RnR Seremban.
1 pg mkn KFC, dah lapo bedal jela.

Perut dah lapo ayam x sampai2 lg.


Kononnya dah nak blk JB dah pas mkn KFC tu, nmpk plak Hotel Highway kat sebelah KFC ni, so kitaorg amik keputusan tido je kat cni. Dah letih, mata pun dah ngantuk.

Ni le rupe biliknya. Jd le dpt bermlm utk beberapa jam je.

Sok pg check out, kitaorg exit tol Air Keroh. Kononnya nak cari bekfas kat Melaka. Alang2 terus lunch kat arked yg berdepan dgn Muzium Kapal tu.

Pas mkn kita JJCM lg. Panas2 buta amik gambo dpn muzium kapal.


Ini budak banyak baik, x meragam pun, kasi susu aje diam la dia.

Tiba2 Abg Ngah berhajat nak naik beca, so kitaorg charter 4 beca utk bawa kami sume keliling Melaka. X sangka best plak naik beca. Walau panas terik tp seronok sbb byk angin, nyaman je rasa. Yg perit tukang kayuh le.

Mak ngan Halim.
Me n Syed.
Abah naik sorang je, beca ni betul2 muat abah je. Tu le cite nya. Lain kali kita g JJCM lg dgn family Abg Long sekali. Wassalam.